Isnin, 28 Disember 2009

Ada azam baru?

Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan siri kemalangan maut yang ternyata tiada penghujungnya. Rata-rata kita cuba sedaya upaya mencari salah dan silap orang lain. Seseorang perlu dicari untuk diletakkan tanggung jawab. Kita mencipta persoalan dan kita juga mencari jawapan, seringkali tiada jawapan yang hakiki. Mengapa, kerana jawapan akhirnya kembali kepada penyoalnya. Dan kemalangan akan berlaku lagi. Kita masih tiada jawapan.
Sebenarnya memang tiada jawapan, siapa yang ingin melibatkan kematian orang lain. Nyawa bukan mainan, masa depan keluarga bergantung kepada si mati dan bagaimana nasib semua yang masih bernyawa. Kita sebenarnya pasrah dengan ketentuan Ilahi, hari ini nasib mereka dan entah esok lusa nasib kita.
Apa saja yang masih boleh dibaiki sebagai bekalan Akhirat, baiki dengan segera, kita sebagai manusia tidak pernah sempurna. Selagi ada masa, apa salahnya jika kita mengagihkan sebahagian kecil daripada simpanan bulanan kita ke ETIQA TAKAFUL untuk menikmati sepenuhnya rasa lapang dada jika berlaku sesuatu malapetaka. Kita MENYIMPAN, MELABUR, BERSEDEKAH, BERZAKAT DAN BERLINDUNG. Jika berminat layari: takafulsystem2u.blogspot.com atau e-mail ke takafulsystem@yahoo.com.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Rakan lama berkunjung


Rakan yang telah 20 tahun telah berkunjung.

Ahad, 25 Oktober 2009

Apabila DSAI dan Che Det tersepakat

Sukar membayangkan apabila perkara yang sama diutarakan oleh dua tokoh yang hampir mustahil bersatu. Cuma beza antara mereka ialah seorang mempersoalkan kerapuhan sistem, manakala seorang lagi kecewa gagal mempergunakan sistem itu sekali lagi walau pun sudah pencen, kununnya untuk menyatakan kebenaran. Perkara yang dibahaskan adalah sama, bagaimana kes tape VK Linggam boleh tiada kes. Mungkin ini semangat 1 Malaysia sebenar, pemimpin diutaamakan dan rakyat diketepikan. Buatlah - Tuhan yang kita sembah yang 1 itu juga.
Dipetik dari blog CheDet untuk tatapan semua.

LINGAM TAPES
By
Dr. Mahathir Mohamad on October 23, 2009 10:45 AM Comments (80) TrackBacks (0)
var addthis_pub="chedet2";


1. The NST reported that the Lingam case is closed. He will not be persecuted (or prosecuted).2. He must be feeling very relieved. But what about the Commission's report on his influence over me in the selection of judges?3. I was waiting for my day in court so I can defend myself. I have a lot of things to say about attempts to influence me on the appointments of judges.
4. Now that Lingam has no case to answer, how does it affect my being accused of being influenced by him, remembering that the tape was about his alleged phone conversation with other individuals. Did he say that I asked him to speak to those people? Was my name involved in his phone call? 5. These questions will remain in the minds of the people who read the conclusion of the Commission. So what now? 6. For some time during the past regime I was told that a thorough search was made to find instances where I abused power or accepted illegal gratification while in office. Apparently nothing was found.7. Could it be that one way of getting at me was to accuse me of being influenced by Lingam in my choice of judges?

Ketakutan apabila nama disebut, tapi tidak pernah takut menggunakan orang untuk kepentingan diri dan kroni.

Bukan mencari salah, tapi kalau dah salah ....

Petikan ini adalah tulisan dari blog DSAI. Manusia bukan sempurna, DSAI juga bukan sempurna, tetapi kita diberikan otak untuk berfikir dan menilai. Penilaian kita juga pasti tidak sama, wujud perbezaan itu kerana apa, logik akal atau hati. Kembali merenung diri sendiri kerana siapalah kita berbanding mereka.Selamat membaca.
24
Oct
Kebebasan Kehakiman Digasir, Ekonomi Tergugat
By Anwar Ibrahim 20 Comments
Categories: Agenda Baru, Analisis, Anwar, Catatan, Demokrasi, Ekonomi, Isu Semasa, Mahkamah, Malaysia and Parlimen
Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.
Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendipemerintahan.
Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
ANWAR IBRAHIM

Jumaat, 16 Oktober 2009

Sedang berubahkah mereka


Sejarah telah melakarkan perjuangan orang Melayu melalui UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan. UMNO menjadi parti perjuangan yang terulung dan semakin kuat dari awal penubuhannya lagi. Pemimpin datang dan pergi, setiap orang dikenang sebagai pejuang bangsa. Kita bangga menyebut nama mereka dan aura perjuangan insan tersebut menjadi asas pejuang bangsa selepas itu. Hari ini UMNO semakin besar jumlah ahlinya tetapi semakin lemah pengaruh dan cengkamannya dalam politik Malaysia. UMNO terpaksa meminda perlembagaan supaya menjadi parti bersih, kelihatan bersih dan seolah-olah bersih. Berbagai puji-pujian kepada pemimpin yang dilihat bersedia berkorban demi perjuangan UMNO. Para pemimpin pula mengingatkan ahli-ahli supaya setia dengan perjuangan,rela berkorban jiwa dan raga. Nampaknya mereka sebenarnya cuba memberi makna baru atau tanda harga baru perjuangan UMNO.

Paling menarik apabila perkataan perjuangan sentiasa bermain dibibir, tetapi mendengar keluhan dan permintaan wakil puteri UMNO yang meminta peruntukan tambahan kepada Ketua Bahagian UMNO ditambah kerana kena menjaga 129 cawangan. Ada peruntukan dari UMNO atau pejabat daerah atau dari pemimpin lebih atas atau dari PKFZ atau dari........itulah pengertian perjuangan oleh pejuang UMNO hari ini. Pindalah perlembagaan tiap-tiap tahun kalau rajin, jika ini minda mereka, bersedialah untuk diusung ke liang lahat. Perjuangan yang diberi nilai ringgit dan sen, tentu sahaja boleh dijual beli. Boleh beli runcit atau borong, tapi jangan sampai kena lelong.

Rabu, 14 Oktober 2009

Terima kasih semua





























Majlis sambutan hari lahir anak-anak dan rumah terbuka pada 11hb berakhir dengan penuh nostalgia menarik. Ramai tetamu yang hadir bermula dari jam 1.00 pm lagi. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 am. Meski letih, namun kepuasan sukar digambarkan oleh kata-kata. Tetamu telah disajikan dengan berbagai menu yang disediakan oleh Ana dan banyak juga yang ditempah dari beberapa pihak. Namun jutaan terima kasih kepada Pak Nik sekeluarga yang banyak membantu, keluarga encik Faruk dan semua yang terlibat.
Paling gembira tentu saja 3 orang puteri yang menerima banyak hadiah dari tetamu. Terima kasih kerana telah menolong mengembirakan anak-anak saya, dan jutaan terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir kerana apa ertinya majlis yang kami anjurkan jika tiada kehadiran sesiapa. Rasa penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya segalanya berakhir penuh gembira. Pohon lagi keberkatan agar dilimpahi rezeki supaya tahun hadapan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi. AMIN

Rabu, 30 September 2009

Anak-anak - Permata yang berharga













Terdahulu terima kasih kepada isteri tercinta yang telah mempertaruhkan nyawa melahirkan permata hati yang comel-comel belaka. Mereka membesar dengan cepat, kini anak-anak ini akan menjangkau umur 12, 11 dan 7 tahun. Ayah bangga dengan anak abah, kita sama-sama menempuh suka duka kehidupan. Anak-anak yang memberikan semangat untuk abah bangun dan berdiri. Abah tidak takut untuk jatuh lagi, kerana anak-anak abah ada untuk sentiasa memberikan semangat. Namun, lebih baik jika kita sama-sama mendoakan segala kesejahteraan untuk kehidupan yang akan diharungi.
Hanis Raihana - 3.10.1997
Husna Raaina - 8.10.1998
Hanim Rifhana - 5.10.2002

Kepada semua rakan dan sahabat, semua dijemput ke rumah kami pada 11 Oktober 2009 untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka AidilFitri dan Majlis Ulang Tahun Kelahiran anak-anak. Majlis bermula pada jam 2.00pm hingga 11.00pm. Mai la jangan tak mai. Sekian.

Sabtu, 26 September 2009

Inikah pemikiran orang kita-Sekadar renungan

Petikan dari akhbar Berita Harian - Pandangan Tun Dr Mahathir. Setelah melepaskan kuasa, Tun dilihat lebih rasional dan dekat dengan rakyat, mungkinkah kepimpinan UMNO kini dilihat sangat lemah dan wajar ditolong.

Kalau saya jadi Isa, saya minta jangan dicalonkan: Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, sebaliknya memberi laluan kepada calon lain. "Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen. "Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini.
Mengenai tindakan akar umbi Umno Bahagian Teluk Kemang yang tetap mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya. Beliau berkata, mereka jelas berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja. "Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. "Kita dah ada sebelum ini di Permatang Pasir, itu pun kotor juga, ni nak bubuh kotor lagi," katanya.
Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

Tidak sabar untuk mendengar siapakah calon untuk Bagan Pinang. Paling menarik ialah PM dah mula memberikan komen dan harapan berbanding dengan beberapa PRK yang lalu. Macam ada harapan telur ayam pecah. Tepuk dada, tepuk dahi.

Jumaat, 25 September 2009

Hari Raya Aidil Fitri - Sajian hiburan yang membosankan

Salam lebaran untuk semua - Sepanjang berhari raya, kita disajikan dengan apa yang dikatakan hiburan untuk memeriahkan lagi hari raya ini. Semua stesen TV berlumba-lumba menayangkan cerita dan rancangan untuk memenuhi hari-hari yang dilalui. Penonton kira beruntung kerana mempunyai berbagai pilihan rancangan untuk ditonton. Masalahnya, semua rancangan yang disajikan langsung tidak bermutu dan membuang masa. Penonton tertipu dan dipaksa menerima semua yang disajikan kepada mereka.
Industri hiburan sangat tidak profesional dan perlu berubah atau dipinggirkan terus. Mereka perlu mengkaji dan belajar daripada negara lain, bukan belajar di kelab malam sambil mabuk-mabuk. Sekian.

Rabu, 23 September 2009

Mengapa tiada penjelasan dan tindakan

Bila membaca Tun Dr Mahathir, seringkali hati tertanya-tanya, apakah yang menulisnya Tun atau orang lain yang diupah untuk kerja baik ini. Penjelasan yang diberikan nyata sangat tulus, sampai ke tulang hitam. Macam mana kita tidak sedar bahawa kita pernah mempunyai seorang PM sebaik dan setulus itu. Bukan sahaja bersih tapi kelihatan sangat bersih dan berkilat kilat.
Membaca tulisan Tun mengenai rasuah, makan suap dan sistem kuota menyedarkan saya bahawa apa yang Tun buat bukan untuk diri sendiri, lebih kepada UMNO dan perjuangan untuk kelangsungan. Masa beliau tidak ada rasuah, akhirnya Khasitah tidak didapati bersalah, itu bukti yang nyata, kata Tun.
Lihat Saudara Anwar, yang berkhidmat semasa Tun menjadi PM, kalau ada rasuah, walau RM1, tentu sahaja akan menjadi kes di mahkamah. Oleh kerana pasangan Tun dan DSAI tidak langsung ada rasuah, maka kes lain yang digunakan. Tapi kadang teringat juga kes pegawai besar di Bank Negara ada sampai beratus ribu dalam laci, jual beli syarikat perkapalan oleh anak seorang PM yang kini pengarah syarikat arak di Filipina dan banyak lagi kes lain yang macam dah di kafan dan talkinkan 6 kaki di bawah.
Sebenarnya kalau difikirkan secara waras, sama saja para pemimpin dalam BN. Semua macam menggengam sesuatu yang sangat berharga dan tidak sanggup melepaskan. Jika mendengar rintihan Datuk S Samy mengenai sumbangannya, macam terlupa pula segala masalah yang berlaku dalam pengurusan aset negara seperti runtuhnya stadium, retaknya jejambat, bocornya bangunan dan jika dijejaki agaknya berapa bocornya wang rakyat ke dalam saku ?????? tepuk dada, tepuk dahi.
Macam mana rasanya raya dalam rumah RM 24 juta, bila agaknya DR Gigi ni nak buat rumah terbuka, pakat ramai-ramai pi sana, rumah kita juga. Bandingkan rumah Menteri Besar, seperti Tuan Guru, Ustaz Azizan dan bekas MB Terangganu, Tuan Guru Hj Hadi, rasa atau tidak perbezaannya. Sekali lagi tepuk dada, tepuk dahi. Jumpa lagi lain kali.

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin

Setelah hampir sebulan berpuasa, kini hampirlah umat Islam dengan Hari Kemenangan. Sukar digambarkan dengan kata-kata, apa lagi kepada anak-anak yang hampir pasti berpakaian baru dan cantik. Namun, seperti biasa Islam tidak mengajar umatnya lupa diri, sentiasa mensyukuri nikmat yang ada, berpada-pada dengan rezeki yang diberikan.
Sebagai seorang yang manusia, sifat lemah menjadikan diri sentiasa dikejar kesalahan dan kesilapan. Sedar atau tidak, maaf juga yang dipinta. Awal Ramadan, kami sekeluarga telah pulang berpuasa dengan ayah dan ibu, lega rasanya dapat mengembirakan mereka, walau beberapa hari cuma. Raya kali ini kami akan ke kampung isteri tercinta di Kuantan. Harapan agar perjalanan itu juga penuh restu dan dapat mengembirakan orang tua tercinta. Ini sebahagian dari perjalanan kehidupan, sentiasa berpusing dan penting sangat menjaga hati orang tua kita kerana kita juga akan menjadi tua dengan perasaan kesayuan yang sama.
Beberapa hari ini, berlaku berbagai peristiwa di negara kita yang tercinta ini. Walau pun Dr Mahathir bukan pemimpin yang sempurna, tetapi tak layak rasanya seorang pemimpin picisan dari sebuah parti politik yang ahlinya semakin kurang, cuba berkurang ajar dan menjadi sangat kurang ajar. Kalau dah pemimpinnya kelihatan bodoh, tentu sahaja ahlinya 20 kali bodoh. Hanya orang bodoh sahaja yang berpemimpinkan orang bodoh.

Ahad, 30 Ogos 2009

Hari Ahad - Hari membaca akhbar

Membaca utusan bukan keutamaan, apatah lagi membaca buah fikiran Awang Selamat yang sentiasa sangat pengampu. Apa boleh buat, dapur perlu diperasapkan. poket mahu diisi. Kalau ingin memperkatakan sesuatu, pandang-pandanglah kereta dan rumah yang nak kena bayar.
Tapi hari ini, beliau menulis sesuatu yang agak berani. Mungkin dah dapat green light dari orang lebih atas atau mungkin kena tulis sebahagian dari pengalihan tumpuan pembaca dari isu nasional hari ini. Mengasak Datuk S Samy supaya berundur adalah tekanan yang baik dan patut ditulis sejak lama dulu.
Persoalannya, mereka diakhbar arus perdana macam tidak tahu langsung apa yang berlaku dalam MCA dan pembayaran tertentu. Memang tidak banyak, RM2 hingga RM10 sahaja. Buat beli rokok daun saja. Buat apa nak siar. Lain dengan apa yang berlaku di Selangor yang melibatkan wang lebih RM500 bilion. Fikirkan sama-sama.

Khamis, 27 Ogos 2009

Pandangan yang menarik - Kita wajib lebih bijak

Pandangan Dr Asri terhadap isu Kartika

Dr Mohd Asri Zainul Abidin Thu Aug 27, 09 1:21:18 pm MYT

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis 'hukuman sebat ke atas peminum arak' di Pahang.
Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama.
Banyaknya urusan menjadikan saya 'ketinggalan bas' kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.
Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.
Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.
Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan �Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).
Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).
Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.
Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: "Allah telah menghinanya". Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu". Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.
Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud
Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.
Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?
Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.
Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:
"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan" (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza�i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh�".
Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.
Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana
Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan �disembah hormat� oleh rakyat.
Ada pula berkata: �Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?�. Berbagai lagi sungutan yang lain.
Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.
Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.
Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.
Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.
Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.
Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.
Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita.
Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: "Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu".

(Dipetik daripada Harakahdaily - Sekadar berkogsi pendapat yang sangat sempurna dan menarik untuk difikirkan secara penuh keilmuan tanpa prasangka. Terima kasih Dr Asri.
Kalau nak baca dan daftar GDI - Pendapatan sepanjang hayat. Klikkkk

Selasa, 25 Ogos 2009

Demikianlah keputusan pengundi N11

Tahniah Pakatan Rakyat dan tahniah pengundi Permatang Pasir. Apa juga pendapat orang ramai, tuan-tuan telah menunaikan hasrat seluruh rakyat Malaysia.

Isnin, 24 Ogos 2009

Hari ini penentuan di N11

Setelah beberapa hari berlangsungnya kempen, ceramah dan berbagai aktiviti membabitkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, andaian terus dibuat mengenai nasib dua orang calun yang bertanding. Kalau ada rezeki, menang atau jika tidak tentu kalah. Rasanya belum pernah seri.
Mengikut Datuk Dr Zahid dah ada angin perubahan, harapannya jika menang satu undi pun okey. Tetapi ayat-ayat ini sentiasa didengari di semua pilihanraya kecil, mungkin untuk diulas atau dibaca dengan penuh bergaya oleh pembaca berita tv, sedangkan hakikatnya dituturkan dengan penuh was-was sahaja. Tak kan nak kata kita akan kalah.
Saya bukan nujum yang boleh meramalkan apa jua pun, tapi tak susah untuk mengatakan bahawa kali ini majoriti pemenang akan lebih besar. Hakikatnya rakyat sangat bosan dengan apa yang berlaku. Keluarnya seorang wakil rakyat dari PKR adalah bonus yang sangat bernilai, yang lucunya semua orang UMNO menafikan pembabitan mereka. Paling menarik kenyataan yang dibuat bahawa kerana pengundi beliau hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan maka sebagai membalas jasa mereka yang memenangkan beliau, maka beliau pun meletakkan jawatan. Suci murni sungguh jiwanya, agak sebab apa dia tidak buat sidang akhbar di kawasan sendiri. Takut kena katuk kut. Walau apa saja yang bakal terjadi, perjuangan harus diteruskan. Kita tak perlu apa-apa ganjaran, melihat anak bangsa tidak dianiaayai oleh dasar-dasar lawak pemerintah, sudah cukup baik.
Cukuplah dengan agenda PPSMI, mempertingkatkan penguasaan bahasa melalui "pembunuhan beramai-ramai pelajar desa dalam matematik dan sains".

Sabtu, 22 Ogos 2009

Minggu yang menakjubkan

Bergerak sejauh lebin 700km hanya untuk restu seorang ibu dan ayah yang tercinta. Amat mengembirakan kerana berjaya mengalahkan batasan psaikologi yang membelenggu pemikiran. Setiap kali ada hasrat nak balik pastinya yang muncul adalah bajet tak cukup. Dalam masa yang sama macam-macam perancangan disusun untuk sebuah kehidupan, hampir semua kurang menjadi, mengapa agaknya? Tiada restu dari bonda dan ayahda tercinta. Ada saja yang menghalang.
Sudah bertahun lamanya tidak menyambut ramadan yang mulia dengan mak dan ayah. Bersahur dan berbuka bersama sangat mengujakan. Terasa lapang sangat dada ini. Biarpun bukan wang yang di persembahkan, ternyata kehadiran anak, menantu dan cucu begitu dinanti. Malam ini kami akan bergerak kembali ke Johor, dengan semangat baru, dengan doa restu dan kasih sayang mereka. Insyaallah akan anakda lakukan semua yang dirancang dengan bersungguh-sungguh agar segala pulangan akan membawa kami segera pulang.
Apa yang nak buat, tentulah projek ini.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Bertemu anak saudara yang comel

Sukar menyatakan dengan perkataan betapa kedegilan itu sangat buruk. Aku bertemu dengan anak penakan setelah aku kurangkan kedegilan dan keegoan sebagai seorang abang. Apa yang berlaku biar berlalu. Hari ini juga adik akan bertunang. Kami tak dapat balik kerana kurang sihat. Namun apa pun selamat bertunang.

Rabu, 5 Ogos 2009

Sebuah kehidupan-tercatat

Hari ini bermula catatan perjalanan. Sukar untuk membayangkan hidup yang tiada masalah dengan segala terbentang di hadapan, laluinya sahaja. Namun hakikat sebuah kehidupan, tiada yang sempurna. Perjalanan tiada yang mudah. Selagi masih bernafas, tiada jalan pintas. Kita boleh berkongsi suka duka kehidupan. Pendapat tentu berbeza, kerana latar belakang, pendidikan, pengalaman, pergaulan dan tentunya kesempatan yang terhidang. Kita tak ambil,orang lain ambil. Baik ambil.
Mencari perbezaan sama sukarnya dengan mencari jalan mengurangkan perbezaan. Kadang kala ketika dirasakan semakin dekat rupanya kita makin menjauh. Begitu juga perjuangan. Penyanyi lagu juga mengatakan dirinya pejuang, penari, penggiat seni dan tentera juga anggota polis. Ahli-ahli politik samada PAS, UMNO dan KEADILAN tentu saja berteriak bahawa mereka adalah pejuang, untuk bangsa dan tanahair pastinya. Tidak kira parti politik berasaskan kaum yang lain. Semua berjuang untuk siapa agaknya ATAU nama kaum dan bangsa menjadi alas untuk kepentingan peribadi dan kaum kerabat.
Persoalannya masyarakat sekeliling masih tergapai dengan segala tekanan hidup ketika bumi bertuah ini memuntahkan berbagai hasil bumi. Ke mana kekayaan negara, siapa yang merompaknya, bagaimana dirompak atau kita sebenarnya yang berkompromi dan menyinsing lengan, berpeluk melaga pipi bersalam cium tangan dengan perompak yang kita sentiasa nobatkan sebagai PEJUANG BANGSA. Renungkan wajah pemimpin kita, pemerintah atau pembangkang, lihat kehidupannya, wajarkah dia berada di tempatnya sekarang, perlu diangkat atau diturunkan.Fikirkan sedalam-dalamnya.