Jumaat, 16 Oktober 2009

Sedang berubahkah mereka


Sejarah telah melakarkan perjuangan orang Melayu melalui UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan. UMNO menjadi parti perjuangan yang terulung dan semakin kuat dari awal penubuhannya lagi. Pemimpin datang dan pergi, setiap orang dikenang sebagai pejuang bangsa. Kita bangga menyebut nama mereka dan aura perjuangan insan tersebut menjadi asas pejuang bangsa selepas itu. Hari ini UMNO semakin besar jumlah ahlinya tetapi semakin lemah pengaruh dan cengkamannya dalam politik Malaysia. UMNO terpaksa meminda perlembagaan supaya menjadi parti bersih, kelihatan bersih dan seolah-olah bersih. Berbagai puji-pujian kepada pemimpin yang dilihat bersedia berkorban demi perjuangan UMNO. Para pemimpin pula mengingatkan ahli-ahli supaya setia dengan perjuangan,rela berkorban jiwa dan raga. Nampaknya mereka sebenarnya cuba memberi makna baru atau tanda harga baru perjuangan UMNO.

Paling menarik apabila perkataan perjuangan sentiasa bermain dibibir, tetapi mendengar keluhan dan permintaan wakil puteri UMNO yang meminta peruntukan tambahan kepada Ketua Bahagian UMNO ditambah kerana kena menjaga 129 cawangan. Ada peruntukan dari UMNO atau pejabat daerah atau dari pemimpin lebih atas atau dari PKFZ atau dari........itulah pengertian perjuangan oleh pejuang UMNO hari ini. Pindalah perlembagaan tiap-tiap tahun kalau rajin, jika ini minda mereka, bersedialah untuk diusung ke liang lahat. Perjuangan yang diberi nilai ringgit dan sen, tentu sahaja boleh dijual beli. Boleh beli runcit atau borong, tapi jangan sampai kena lelong.

Rabu, 14 Oktober 2009

Terima kasih semua





























Majlis sambutan hari lahir anak-anak dan rumah terbuka pada 11hb berakhir dengan penuh nostalgia menarik. Ramai tetamu yang hadir bermula dari jam 1.00 pm lagi. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 am. Meski letih, namun kepuasan sukar digambarkan oleh kata-kata. Tetamu telah disajikan dengan berbagai menu yang disediakan oleh Ana dan banyak juga yang ditempah dari beberapa pihak. Namun jutaan terima kasih kepada Pak Nik sekeluarga yang banyak membantu, keluarga encik Faruk dan semua yang terlibat.
Paling gembira tentu saja 3 orang puteri yang menerima banyak hadiah dari tetamu. Terima kasih kerana telah menolong mengembirakan anak-anak saya, dan jutaan terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir kerana apa ertinya majlis yang kami anjurkan jika tiada kehadiran sesiapa. Rasa penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya segalanya berakhir penuh gembira. Pohon lagi keberkatan agar dilimpahi rezeki supaya tahun hadapan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi. AMIN