Sabtu, 26 September 2009

Inikah pemikiran orang kita-Sekadar renungan

Petikan dari akhbar Berita Harian - Pandangan Tun Dr Mahathir. Setelah melepaskan kuasa, Tun dilihat lebih rasional dan dekat dengan rakyat, mungkinkah kepimpinan UMNO kini dilihat sangat lemah dan wajar ditolong.

Kalau saya jadi Isa, saya minta jangan dicalonkan: Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, sebaliknya memberi laluan kepada calon lain. "Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen. "Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini.
Mengenai tindakan akar umbi Umno Bahagian Teluk Kemang yang tetap mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya. Beliau berkata, mereka jelas berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja. "Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. "Kita dah ada sebelum ini di Permatang Pasir, itu pun kotor juga, ni nak bubuh kotor lagi," katanya.
Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

Tidak sabar untuk mendengar siapakah calon untuk Bagan Pinang. Paling menarik ialah PM dah mula memberikan komen dan harapan berbanding dengan beberapa PRK yang lalu. Macam ada harapan telur ayam pecah. Tepuk dada, tepuk dahi.

Jumaat, 25 September 2009

Hari Raya Aidil Fitri - Sajian hiburan yang membosankan

Salam lebaran untuk semua - Sepanjang berhari raya, kita disajikan dengan apa yang dikatakan hiburan untuk memeriahkan lagi hari raya ini. Semua stesen TV berlumba-lumba menayangkan cerita dan rancangan untuk memenuhi hari-hari yang dilalui. Penonton kira beruntung kerana mempunyai berbagai pilihan rancangan untuk ditonton. Masalahnya, semua rancangan yang disajikan langsung tidak bermutu dan membuang masa. Penonton tertipu dan dipaksa menerima semua yang disajikan kepada mereka.
Industri hiburan sangat tidak profesional dan perlu berubah atau dipinggirkan terus. Mereka perlu mengkaji dan belajar daripada negara lain, bukan belajar di kelab malam sambil mabuk-mabuk. Sekian.

Rabu, 23 September 2009

Mengapa tiada penjelasan dan tindakan

Bila membaca Tun Dr Mahathir, seringkali hati tertanya-tanya, apakah yang menulisnya Tun atau orang lain yang diupah untuk kerja baik ini. Penjelasan yang diberikan nyata sangat tulus, sampai ke tulang hitam. Macam mana kita tidak sedar bahawa kita pernah mempunyai seorang PM sebaik dan setulus itu. Bukan sahaja bersih tapi kelihatan sangat bersih dan berkilat kilat.
Membaca tulisan Tun mengenai rasuah, makan suap dan sistem kuota menyedarkan saya bahawa apa yang Tun buat bukan untuk diri sendiri, lebih kepada UMNO dan perjuangan untuk kelangsungan. Masa beliau tidak ada rasuah, akhirnya Khasitah tidak didapati bersalah, itu bukti yang nyata, kata Tun.
Lihat Saudara Anwar, yang berkhidmat semasa Tun menjadi PM, kalau ada rasuah, walau RM1, tentu sahaja akan menjadi kes di mahkamah. Oleh kerana pasangan Tun dan DSAI tidak langsung ada rasuah, maka kes lain yang digunakan. Tapi kadang teringat juga kes pegawai besar di Bank Negara ada sampai beratus ribu dalam laci, jual beli syarikat perkapalan oleh anak seorang PM yang kini pengarah syarikat arak di Filipina dan banyak lagi kes lain yang macam dah di kafan dan talkinkan 6 kaki di bawah.
Sebenarnya kalau difikirkan secara waras, sama saja para pemimpin dalam BN. Semua macam menggengam sesuatu yang sangat berharga dan tidak sanggup melepaskan. Jika mendengar rintihan Datuk S Samy mengenai sumbangannya, macam terlupa pula segala masalah yang berlaku dalam pengurusan aset negara seperti runtuhnya stadium, retaknya jejambat, bocornya bangunan dan jika dijejaki agaknya berapa bocornya wang rakyat ke dalam saku ?????? tepuk dada, tepuk dahi.
Macam mana rasanya raya dalam rumah RM 24 juta, bila agaknya DR Gigi ni nak buat rumah terbuka, pakat ramai-ramai pi sana, rumah kita juga. Bandingkan rumah Menteri Besar, seperti Tuan Guru, Ustaz Azizan dan bekas MB Terangganu, Tuan Guru Hj Hadi, rasa atau tidak perbezaannya. Sekali lagi tepuk dada, tepuk dahi. Jumpa lagi lain kali.