Jumaat, 12 Februari 2010

Kalau dah macam tu....apa nak buat

Dah lama tak menulis, namun catatan hanya berlegar sekitar lembah fikiran sendiri dan beberapa kawan rapat. Namun perkembangan yang berlaku sekarang mengundang lebih banyak persoalan dari jawapan. Ahli politik seperti biasa akan memberikan ulasan yang sangat berat sebelah, melindungi diri dan kelompok, bukan seperti slogan rakyat didahulukan. Banyak sangat peristiwa yang berlaku, lebih lagi dalam soal politik dan kesan tentunya kepada pentadbiran, balanya tentu sahaja rakyat terbanyak yang ratanya ditipu hidup-hidup.
Nampak dengan sangat jelas bagaimana serangan yang bertubi-tubi kepada negeri yang dikuasai pembangkang (PR), berbagai andaian dan tuduhan dilemparkan dan akhirnya banyak masa yang dibazirkan untuk mencari alasan pertuduhan dan pembelaan. Apa salahnya memberikan peluang kepada mereka dan dalam masa yang sama memperkemaskan pentadbiran di negeri yang dikuasai BN dengan menunjukkan komitmen 100% memajukan rakyat, bukan mengaut sampai tidak ada sisa.
Paling sedih apabila banyaknya peralatan tentera yang dibeli seolah-olah barangan terpakai. Daripada cerita lawak kereta kebal, enjin jet yang hilang, Mee Maggi dan terbaru kapal selam yang tidak boleh selam. Sudahlah pembeliannya mengundang pelbagai kisah dalam kain dan kain berisi mayat,yang tidak akan ada sudahnya cerita ini dan tidak akan habis dibelanjakan duit komisyen yang diterima, begitu juga rakyat akan terus membayar harga kebodohan itu dengan segala komoditi digunakan sebagai bayaran harga kapal nelayan berwajah kapal selam. Sekian dahulu kerana tak tahan nak termuntah sangat dengan gelagat badut-badut dipentas politik Malaysia.

Isnin, 28 Disember 2009

Ada azam baru?

Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan siri kemalangan maut yang ternyata tiada penghujungnya. Rata-rata kita cuba sedaya upaya mencari salah dan silap orang lain. Seseorang perlu dicari untuk diletakkan tanggung jawab. Kita mencipta persoalan dan kita juga mencari jawapan, seringkali tiada jawapan yang hakiki. Mengapa, kerana jawapan akhirnya kembali kepada penyoalnya. Dan kemalangan akan berlaku lagi. Kita masih tiada jawapan.
Sebenarnya memang tiada jawapan, siapa yang ingin melibatkan kematian orang lain. Nyawa bukan mainan, masa depan keluarga bergantung kepada si mati dan bagaimana nasib semua yang masih bernyawa. Kita sebenarnya pasrah dengan ketentuan Ilahi, hari ini nasib mereka dan entah esok lusa nasib kita.
Apa saja yang masih boleh dibaiki sebagai bekalan Akhirat, baiki dengan segera, kita sebagai manusia tidak pernah sempurna. Selagi ada masa, apa salahnya jika kita mengagihkan sebahagian kecil daripada simpanan bulanan kita ke ETIQA TAKAFUL untuk menikmati sepenuhnya rasa lapang dada jika berlaku sesuatu malapetaka. Kita MENYIMPAN, MELABUR, BERSEDEKAH, BERZAKAT DAN BERLINDUNG. Jika berminat layari: takafulsystem2u.blogspot.com atau e-mail ke takafulsystem@yahoo.com.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Rakan lama berkunjung


Rakan yang telah 20 tahun telah berkunjung.

Ahad, 25 Oktober 2009

Apabila DSAI dan Che Det tersepakat

Sukar membayangkan apabila perkara yang sama diutarakan oleh dua tokoh yang hampir mustahil bersatu. Cuma beza antara mereka ialah seorang mempersoalkan kerapuhan sistem, manakala seorang lagi kecewa gagal mempergunakan sistem itu sekali lagi walau pun sudah pencen, kununnya untuk menyatakan kebenaran. Perkara yang dibahaskan adalah sama, bagaimana kes tape VK Linggam boleh tiada kes. Mungkin ini semangat 1 Malaysia sebenar, pemimpin diutaamakan dan rakyat diketepikan. Buatlah - Tuhan yang kita sembah yang 1 itu juga.
Dipetik dari blog CheDet untuk tatapan semua.

LINGAM TAPES
By
Dr. Mahathir Mohamad on October 23, 2009 10:45 AM Comments (80) TrackBacks (0)
var addthis_pub="chedet2";


1. The NST reported that the Lingam case is closed. He will not be persecuted (or prosecuted).2. He must be feeling very relieved. But what about the Commission's report on his influence over me in the selection of judges?3. I was waiting for my day in court so I can defend myself. I have a lot of things to say about attempts to influence me on the appointments of judges.
4. Now that Lingam has no case to answer, how does it affect my being accused of being influenced by him, remembering that the tape was about his alleged phone conversation with other individuals. Did he say that I asked him to speak to those people? Was my name involved in his phone call? 5. These questions will remain in the minds of the people who read the conclusion of the Commission. So what now? 6. For some time during the past regime I was told that a thorough search was made to find instances where I abused power or accepted illegal gratification while in office. Apparently nothing was found.7. Could it be that one way of getting at me was to accuse me of being influenced by Lingam in my choice of judges?

Ketakutan apabila nama disebut, tapi tidak pernah takut menggunakan orang untuk kepentingan diri dan kroni.

Bukan mencari salah, tapi kalau dah salah ....

Petikan ini adalah tulisan dari blog DSAI. Manusia bukan sempurna, DSAI juga bukan sempurna, tetapi kita diberikan otak untuk berfikir dan menilai. Penilaian kita juga pasti tidak sama, wujud perbezaan itu kerana apa, logik akal atau hati. Kembali merenung diri sendiri kerana siapalah kita berbanding mereka.Selamat membaca.
24
Oct
Kebebasan Kehakiman Digasir, Ekonomi Tergugat
By Anwar Ibrahim 20 Comments
Categories: Agenda Baru, Analisis, Anwar, Catatan, Demokrasi, Ekonomi, Isu Semasa, Mahkamah, Malaysia and Parlimen
Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.
Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendipemerintahan.
Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
ANWAR IBRAHIM

Jumaat, 16 Oktober 2009

Sedang berubahkah mereka


Sejarah telah melakarkan perjuangan orang Melayu melalui UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan. UMNO menjadi parti perjuangan yang terulung dan semakin kuat dari awal penubuhannya lagi. Pemimpin datang dan pergi, setiap orang dikenang sebagai pejuang bangsa. Kita bangga menyebut nama mereka dan aura perjuangan insan tersebut menjadi asas pejuang bangsa selepas itu. Hari ini UMNO semakin besar jumlah ahlinya tetapi semakin lemah pengaruh dan cengkamannya dalam politik Malaysia. UMNO terpaksa meminda perlembagaan supaya menjadi parti bersih, kelihatan bersih dan seolah-olah bersih. Berbagai puji-pujian kepada pemimpin yang dilihat bersedia berkorban demi perjuangan UMNO. Para pemimpin pula mengingatkan ahli-ahli supaya setia dengan perjuangan,rela berkorban jiwa dan raga. Nampaknya mereka sebenarnya cuba memberi makna baru atau tanda harga baru perjuangan UMNO.

Paling menarik apabila perkataan perjuangan sentiasa bermain dibibir, tetapi mendengar keluhan dan permintaan wakil puteri UMNO yang meminta peruntukan tambahan kepada Ketua Bahagian UMNO ditambah kerana kena menjaga 129 cawangan. Ada peruntukan dari UMNO atau pejabat daerah atau dari pemimpin lebih atas atau dari PKFZ atau dari........itulah pengertian perjuangan oleh pejuang UMNO hari ini. Pindalah perlembagaan tiap-tiap tahun kalau rajin, jika ini minda mereka, bersedialah untuk diusung ke liang lahat. Perjuangan yang diberi nilai ringgit dan sen, tentu sahaja boleh dijual beli. Boleh beli runcit atau borong, tapi jangan sampai kena lelong.

Rabu, 14 Oktober 2009

Terima kasih semua





























Majlis sambutan hari lahir anak-anak dan rumah terbuka pada 11hb berakhir dengan penuh nostalgia menarik. Ramai tetamu yang hadir bermula dari jam 1.00 pm lagi. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 am. Meski letih, namun kepuasan sukar digambarkan oleh kata-kata. Tetamu telah disajikan dengan berbagai menu yang disediakan oleh Ana dan banyak juga yang ditempah dari beberapa pihak. Namun jutaan terima kasih kepada Pak Nik sekeluarga yang banyak membantu, keluarga encik Faruk dan semua yang terlibat.
Paling gembira tentu saja 3 orang puteri yang menerima banyak hadiah dari tetamu. Terima kasih kerana telah menolong mengembirakan anak-anak saya, dan jutaan terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir kerana apa ertinya majlis yang kami anjurkan jika tiada kehadiran sesiapa. Rasa penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya segalanya berakhir penuh gembira. Pohon lagi keberkatan agar dilimpahi rezeki supaya tahun hadapan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi. AMIN