Ahad, 25 Oktober 2009

Bukan mencari salah, tapi kalau dah salah ....

Petikan ini adalah tulisan dari blog DSAI. Manusia bukan sempurna, DSAI juga bukan sempurna, tetapi kita diberikan otak untuk berfikir dan menilai. Penilaian kita juga pasti tidak sama, wujud perbezaan itu kerana apa, logik akal atau hati. Kembali merenung diri sendiri kerana siapalah kita berbanding mereka.Selamat membaca.
24
Oct
Kebebasan Kehakiman Digasir, Ekonomi Tergugat
By Anwar Ibrahim 20 Comments
Categories: Agenda Baru, Analisis, Anwar, Catatan, Demokrasi, Ekonomi, Isu Semasa, Mahkamah, Malaysia and Parlimen
Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.
Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendipemerintahan.
Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan