Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin

Setelah hampir sebulan berpuasa, kini hampirlah umat Islam dengan Hari Kemenangan. Sukar digambarkan dengan kata-kata, apa lagi kepada anak-anak yang hampir pasti berpakaian baru dan cantik. Namun, seperti biasa Islam tidak mengajar umatnya lupa diri, sentiasa mensyukuri nikmat yang ada, berpada-pada dengan rezeki yang diberikan.
Sebagai seorang yang manusia, sifat lemah menjadikan diri sentiasa dikejar kesalahan dan kesilapan. Sedar atau tidak, maaf juga yang dipinta. Awal Ramadan, kami sekeluarga telah pulang berpuasa dengan ayah dan ibu, lega rasanya dapat mengembirakan mereka, walau beberapa hari cuma. Raya kali ini kami akan ke kampung isteri tercinta di Kuantan. Harapan agar perjalanan itu juga penuh restu dan dapat mengembirakan orang tua tercinta. Ini sebahagian dari perjalanan kehidupan, sentiasa berpusing dan penting sangat menjaga hati orang tua kita kerana kita juga akan menjadi tua dengan perasaan kesayuan yang sama.
Beberapa hari ini, berlaku berbagai peristiwa di negara kita yang tercinta ini. Walau pun Dr Mahathir bukan pemimpin yang sempurna, tetapi tak layak rasanya seorang pemimpin picisan dari sebuah parti politik yang ahlinya semakin kurang, cuba berkurang ajar dan menjadi sangat kurang ajar. Kalau dah pemimpinnya kelihatan bodoh, tentu sahaja ahlinya 20 kali bodoh. Hanya orang bodoh sahaja yang berpemimpinkan orang bodoh.