Jumaat, 12 Februari 2010

Kalau dah macam tu....apa nak buat

Dah lama tak menulis, namun catatan hanya berlegar sekitar lembah fikiran sendiri dan beberapa kawan rapat. Namun perkembangan yang berlaku sekarang mengundang lebih banyak persoalan dari jawapan. Ahli politik seperti biasa akan memberikan ulasan yang sangat berat sebelah, melindungi diri dan kelompok, bukan seperti slogan rakyat didahulukan. Banyak sangat peristiwa yang berlaku, lebih lagi dalam soal politik dan kesan tentunya kepada pentadbiran, balanya tentu sahaja rakyat terbanyak yang ratanya ditipu hidup-hidup.
Nampak dengan sangat jelas bagaimana serangan yang bertubi-tubi kepada negeri yang dikuasai pembangkang (PR), berbagai andaian dan tuduhan dilemparkan dan akhirnya banyak masa yang dibazirkan untuk mencari alasan pertuduhan dan pembelaan. Apa salahnya memberikan peluang kepada mereka dan dalam masa yang sama memperkemaskan pentadbiran di negeri yang dikuasai BN dengan menunjukkan komitmen 100% memajukan rakyat, bukan mengaut sampai tidak ada sisa.
Paling sedih apabila banyaknya peralatan tentera yang dibeli seolah-olah barangan terpakai. Daripada cerita lawak kereta kebal, enjin jet yang hilang, Mee Maggi dan terbaru kapal selam yang tidak boleh selam. Sudahlah pembeliannya mengundang pelbagai kisah dalam kain dan kain berisi mayat,yang tidak akan ada sudahnya cerita ini dan tidak akan habis dibelanjakan duit komisyen yang diterima, begitu juga rakyat akan terus membayar harga kebodohan itu dengan segala komoditi digunakan sebagai bayaran harga kapal nelayan berwajah kapal selam. Sekian dahulu kerana tak tahan nak termuntah sangat dengan gelagat badut-badut dipentas politik Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan