Bila membaca Tun Dr Mahathir, seringkali hati tertanya-tanya, apakah yang menulisnya Tun atau orang lain yang diupah untuk kerja baik ini. Penjelasan yang diberikan nyata sangat tulus, sampai ke tulang hitam. Macam mana kita tidak sedar bahawa kita pernah mempunyai seorang PM sebaik dan setulus itu. Bukan sahaja bersih tapi kelihatan sangat bersih dan berkilat kilat.
Membaca tulisan Tun mengenai rasuah, makan suap dan sistem kuota menyedarkan saya bahawa apa yang Tun buat bukan untuk diri sendiri, lebih kepada UMNO dan perjuangan untuk kelangsungan. Masa beliau tidak ada rasuah, akhirnya Khasitah tidak didapati bersalah, itu bukti yang nyata, kata Tun.
Lihat Saudara Anwar, yang berkhidmat semasa Tun menjadi PM, kalau ada rasuah, walau RM1, tentu sahaja akan menjadi kes di mahkamah. Oleh kerana pasangan Tun dan DSAI tidak langsung ada rasuah, maka kes lain yang digunakan. Tapi kadang teringat juga kes pegawai besar di Bank Negara ada sampai beratus ribu dalam laci, jual beli syarikat perkapalan oleh anak seorang PM yang kini pengarah syarikat arak di Filipina dan banyak lagi kes lain yang macam dah di kafan dan talkinkan 6 kaki di bawah.
Sebenarnya kalau difikirkan secara waras, sama saja para pemimpin dalam BN. Semua macam menggengam sesuatu yang sangat berharga dan tidak sanggup melepaskan. Jika mendengar rintihan Datuk S Samy mengenai sumbangannya, macam terlupa pula segala masalah yang berlaku dalam pengurusan aset negara seperti runtuhnya stadium, retaknya jejambat, bocornya bangunan dan jika dijejaki agaknya berapa bocornya wang rakyat ke dalam saku ?????? tepuk dada, tepuk dahi.
Macam mana rasanya raya dalam rumah RM 24 juta, bila agaknya DR Gigi ni nak buat rumah terbuka, pakat ramai-ramai pi sana, rumah kita juga. Bandingkan rumah Menteri Besar, seperti Tuan Guru, Ustaz Azizan dan bekas MB Terangganu, Tuan Guru Hj Hadi, rasa atau tidak perbezaannya. Sekali lagi tepuk dada, tepuk dahi. Jumpa lagi lain kali.
Rabu, 23 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan