Petikan dari akhbar Berita Harian - Pandangan Tun Dr Mahathir. Setelah melepaskan kuasa, Tun dilihat lebih rasional dan dekat dengan rakyat, mungkinkah kepimpinan UMNO kini dilihat sangat lemah dan wajar ditolong.
Kalau saya jadi Isa, saya minta jangan dicalonkan: Tun M
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, sebaliknya memberi laluan kepada calon lain. "Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen. "Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini.
Mengenai tindakan akar umbi Umno Bahagian Teluk Kemang yang tetap mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya. Beliau berkata, mereka jelas berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja. "Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. "Kita dah ada sebelum ini di Permatang Pasir, itu pun kotor juga, ni nak bubuh kotor lagi," katanya.
Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
Tidak sabar untuk mendengar siapakah calon untuk Bagan Pinang. Paling menarik ialah PM dah mula memberikan komen dan harapan berbanding dengan beberapa PRK yang lalu. Macam ada harapan telur ayam pecah. Tepuk dada, tepuk dahi.
Sabtu, 26 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan