Isnin, 24 Ogos 2009

Hari ini penentuan di N11

Setelah beberapa hari berlangsungnya kempen, ceramah dan berbagai aktiviti membabitkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, andaian terus dibuat mengenai nasib dua orang calun yang bertanding. Kalau ada rezeki, menang atau jika tidak tentu kalah. Rasanya belum pernah seri.
Mengikut Datuk Dr Zahid dah ada angin perubahan, harapannya jika menang satu undi pun okey. Tetapi ayat-ayat ini sentiasa didengari di semua pilihanraya kecil, mungkin untuk diulas atau dibaca dengan penuh bergaya oleh pembaca berita tv, sedangkan hakikatnya dituturkan dengan penuh was-was sahaja. Tak kan nak kata kita akan kalah.
Saya bukan nujum yang boleh meramalkan apa jua pun, tapi tak susah untuk mengatakan bahawa kali ini majoriti pemenang akan lebih besar. Hakikatnya rakyat sangat bosan dengan apa yang berlaku. Keluarnya seorang wakil rakyat dari PKR adalah bonus yang sangat bernilai, yang lucunya semua orang UMNO menafikan pembabitan mereka. Paling menarik kenyataan yang dibuat bahawa kerana pengundi beliau hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan maka sebagai membalas jasa mereka yang memenangkan beliau, maka beliau pun meletakkan jawatan. Suci murni sungguh jiwanya, agak sebab apa dia tidak buat sidang akhbar di kawasan sendiri. Takut kena katuk kut. Walau apa saja yang bakal terjadi, perjuangan harus diteruskan. Kita tak perlu apa-apa ganjaran, melihat anak bangsa tidak dianiaayai oleh dasar-dasar lawak pemerintah, sudah cukup baik.
Cukuplah dengan agenda PPSMI, mempertingkatkan penguasaan bahasa melalui "pembunuhan beramai-ramai pelajar desa dalam matematik dan sains".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan